Thursday 29 September 2011

Lagu Cinta....

Assalamulaikum semua!

Saya sangat gembira hari ini. Oh, sebenarnya setiap hari saya gembira kerana fokus saya gembira! Biarpun saya dikelilingi masalah orang lain, tugasan kuliah, tugasan bisnes, kepenatan ber'lari' ke sana sini. Alhamdulillah, hati saya sentiasa berbunga-bunga cinta (chewah! hehe)

Tuan puan semua tentu ada lagu cinta bukan? Seakan-akan lagu tema percintaan. Saya seronok sekali mahu berkongsi dengan tuan puan lagu cinta saya dan suami. Saya masih ingat, inilah lagu cinta pertama kami. Pada waktu itu, saya sedang menunggu bonda di dalam kereta. Tiba-tiba saya mendapat satu mobil mesej "Saya tujukan lagu yang sedang berkumandang di IKIM.fm sekarang, untuk awak satu-satunya wanita yang mengharumkan kamar hati saya." Saya tersenyum sendirian. Kebetulan saya sedang mendengar siaran stesyen radio itu. Saya belum sempat menghayati bait-bait lirik lagu, bonda saya masuk ke dalam kereta. Aduh, konsentrasi saya terganggu! hehe. (Nota: Ketika itu si dia ialah tunang saya, dan kami bakal berkahwin dalam tempoh seminggu daripada peristiwa ini)


Inilah lagu cinta kami...

Tajuk lagu: Bisikan Nurani

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi
Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku
Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi
Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini....



Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Motivasi hebat Hassan Al-Banna.

Saya terbaca satu motivasi yang sungguh hebat daripada Hassan Al-Banna. (Saya terlupa nama majalah yang saya baca). Kata-kata itu menggetarkan jantung saya seolah-olah saya sedang menatap surat cinta. Ya, ini juga boleh diterima sebagai kata-kata cinta. Masakan tidak dianggap begitu, kerana kata-kata itu hanya terbit daripada fikiran dan jiwa yang penuh dengan cinta kepada Tuhan.

Saya berkongsi dengan sahabat semua, motivasi hebat Hassan Al-Banna:

Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang.
Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya.
Aku tahu Tuhan mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat.
Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Tuhan....



Kata-kata ini sungguh indah bukan? Pada pendapat saya, ia satu motivasi yang hebat bagi menikmati kehidupan sementara ini. Kita biasa berjumpa dengan manusia yang selalu risau dengan rezekinya. Mereka takut bagi memberi sedekah kerana takut rezekinya berkurang. Ada juga yang marah-marah dan sedih apabila tidak dapat memiliki sesuatu atau hilang sesuatu yang sudah mereka memiliki. Saya pasti, mereka akan bertenang dan berlapang dada sekiranya mereka kembali berfikir bahawa itu bukan rezeki mereka. Tuhan pasti memberi rezeki yang lebih setimpal dengan usaha yang mereka kerjakan.

Saya teringat pesanan Al-Fadhil Datuk Hashim Yahya, mantan pensyarah saya di universiti dahulu. Pesan beliau, "Jika kamu mahu menjadi hamba Tuhan yang lebih baik, kamu bandingkanlah amalan kamu dengan orang yang lebih soleh dan lebih hebat daripada kamu. Nescaya, kamu akan sentiasa berfikir bagi berusaha menambah amalan kamu. Jika kamu mahu jadi orang yang lebih bersyukur, bandingkanlah keadaan kamu dengan mereka yang kurang sempurna keadaannya daripada kamu. Nescaya, kamu akan sentiasa berterima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakan keadaan yang lebih baik kepadamu." Apabila kita sentiasa berfikir bahawa hanya kita sahaja yang boleh menunaikan amalan soleh sebagai bekal kita nanti, tentu kita akan sibuk mengerjakannya. Kita tentu tidak mempunyai masa bagi meng'intai' kehidupan orang, meng'komplen' ketidak sempurnaan orang lain dan sebagainya.

Takwa juga satu motivasi hebat dalam kata-kata Hassan Al-Banna. Pada pendapat saya, takwa bukanlah bermaksud kita takut kepada Tuhan. Ia bermaksud memelihara diri kita daripada melakukan perkara yang boleh mendatang kemurkaan Allah kepada kita. Ia dilakukan dengan melakukan perkara yang wajib dan sunnat serta meninggalkan perkara yang haram dan makruh. Apabila kita bertakwa, tentulah kita sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang mendatangkan kasih sayang Tuhan.

Motivasi yang paling hebat adalah kematian, iaitu satu rahsia Tuhan yang Maha Mengetahui. Itulah tarikh tamat satu kehidupan. Tiada lagi amalan yang boleh ditambah sebagai bekal. Apa yang tinggal adalah doa anak yang soleh, pahala ilmu yang bermanfaat  kepada orang lain dan pahala sedekah yang kita kerjakan. 

Apapun, saya yakin kita semua sentiasa berusaha meraih cahaya cinta daripada Tuhan.... :)

Wednesday 28 September 2011

Introvert atau Extrovert?

Assalamulaikum semua....
Saya mendoakan semoga pengunjung blog ini sedang berbahagia dan segar melakukan aktiviti harian. Saya merasmikan blog ini hari ini pada tarikh 28 September 2011. Sebenarnya, saya sudah lama memikirkan saranan sahabat-sahabat kesayangan saya, supaya saya mengadakan sebuah blog. Sehinggalah ke hari ini, saya baru 'kuat' bagi memulakan langkah berkongsi cerita saya dengan pengunjung semua.


Perkongsian pertama saya adalah mengenai 'trait' atau sifat yang dimiliki kita. Mengikut kajian psikologi, manusia mempunyai sifat dan kecenderungan masing-masing. Jika berdasarkan kajian  Carl Jung, manusia mempunyai 'trait' extrovert atau introvert.
Saya share di sini maksud traits di atas. Saya mengambil ia daripada wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Introvert. (Sumber wikipedia tidak diterima sebagai rujukan kajian ilmiah seperti tesis)
  • Extraversion is "the act, state, or habit of being predominantly concerned with and obtaining gratification from what is outside the self". Extraverts tend to enjoy human interactions and to be enthusiastictalkativeassertive, and gregarious. They take pleasure in activities that involve large social gatherings, such as parties, community activities, public demonstrations, and business or political groups. Politics, teaching, sales, managing and brokering are fields that favor extraversion. An extraverted person is likely to enjoy time spent with people and find less reward in time spent alone. They tend to be energized when around other people, and they are more prone to boredom when they are by themselves.
  • Introversion is "the state of or tendency toward being wholly or predominantly concerned with and interested in one's own mental life".Introverts are people whose energy tends to expand through reflection and dwindle during interaction. Introverts tend to be more reserved and less outspoken in large groups. They often take pleasure in solitary activities such as reading, writing, music, drawing, tinkering, playing video games, watching movies and plays, and using computers, along with some more reserved outdoor activities such as-fishing. In fact, social networking sites have been a thriving home for introverts in the 21st century, where introverts are free from the formalities of social conduct and may become more comfortable blogging about personal feelings they would not otherwise disclose. The writersculptorengineercomposer, and inventor are all highly introverted. An introvert is likely to enjoy time spent alone and find less reward in time spent with large groups of people, though he or she may enjoy interactions with close friends. Trust is usually an issue of significance: a virtue of utmost importance to an introvert choosing a worthy companion. They prefer to concentrate on a single activity at a time and like to observe situations before they participate, especially observed in developing children and adolescents. Introverts are easily overwhelmed by too much stimulation from social gatherings and engagement. They are more analytical before speaking. 
    Introversion is not the same as being shy or being a social outcast. Introverts prefer solitary activities over social ones, whereas shy people (who may be extraverts at heart) avoid social encounters out of fear, and the social outcast has little choice in the matter of his or her solitude.


Sebenarnya terdapat beberapa ujian (Personality Test) yang boleh menentukan 'trait' seseorang. Namun begitu, berdasarkan maklumat ringkas di atas, tuan puan sudah boleh mengagak apa 'trait' yang tuan puan memiliki. Saya suka berkongsi di sini, walauapapun 'trait' kita mengikut keputusan ujian atau maklumat di atas, ia adalah kita sekarang dan masa yang lalu. Apa yang kita mahu di masa hadapan, kita yang menentukan kerana pilihan adalah ditangan kita. Tidak membuat apa-apa pilihan juga adalah satu pilihan.


Oleh itu, jangan pula, "Oh aku memang extrovert, jadi aku memang suka bercakap. Maaflah kalau aku ada tersilap cakap", kita menjadikan ia sebagai alasan untuk menjustifikasi perbuatan kita. Ini salah!
Jangan pula,"Oh, saya memang introvert. Jadi kalau ada tetamu datang bertandang, saya tidak perlu melayan mereka." Ini juga salah!


Saya ingin berkongsi dengan tuan puan, mengikut keputusan salah satu ujian personaliti yang pernah saya ambil, saya adalah 'introvert person'. Jadi, tuan puan boleh mengagak bagaimana sifat saya. Bagaimana saya mendapat motivasi untuk diri sendiri dan juga bagaimana saya bersosial? Tentulah saya seorang yang tidak banyak bercerita, tidak tahu bersosial, tidak suka berada di hadapan dan tidak suka menjadi perhatian orang. Jadi, bagaimana pula saya boleh memilih kaunseling dan psikologi sebagai CINTA saya? Bagaimana juga saya memikul amanah sebagai pengurus bisnes keluarga saya? Semua ini tentu memerlukan orang extrovert.


Ia menandakan, saya tidak kisah apa 'trait' saya, saya tidak kisah introvert adalah kecenderungan saya. Apa yang saya kisah adalah bagaimana saya menentukan fungsi saya sebagai khalifah Allah di dunia ini. Jika fungsi itu mengharuskan saya menjadi extrovert, saya harus memilih begitu.


Tidak kira siapa kita di masa lampau dan siapa kita sekarang, kita mempunyai pilihan bagi menentukan siapa kita pada masa hadapan. Ini kerana, Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian!


Semoga kita terus meraih cinta Ilahi.....